Saturday, March 13, 2010

KEMPEN KEAHLIAN KOKOPUN

Salam & Selamat Sejahtera,

Sudahkah anda mendaftar sebagai ahli KOKOPUN ??


Apa kelayakan menjadi ahli?

1. merupakan penduduk yang bermastautin di Mukim Nilai, Negeri Sembilan.

2. atau, mempunya harta (tanah/ rumah/ kedai) di Mukim Nilai.

3. berumur 18 tahun ke atas.

4. seluruh isi-rumah berumur 18 tahun boleh menjadi ahli - tidak terhad kepada ketua rumah sahaja.


Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli?

1. hubungi terus Mejar(Bersara) Jumian bin Jumi di talian 016-637 8537

2. atau, email kami di kokopun.kita@gmail.com

3. atau, respon blog ini - jangan lupa tinggalkan no. telefon anda untuk kami hubungi

4. hubungi mana-mana ALK(Ahli Lembaga Koperasi) KOKOPUN atau wakil/ Pengerusi taman perumahan anda sendiri

5. di Masjid Bandar Baru Nilai setiap hari Jumaat sebelum/ selepas Solat Jumaat


Apa yang diperlukan untuk mendaftar?

1. salinan kad pengenalan - satu salinan sahaja

2. yuran keahlian sebanyak RM50.00

3. mengisi borang Keahlian


Apa faedah menjadi ahli KOKOPUN?

1. dilindungi dengan Insuran Khairat Kematian

2. peluang melabur di dalam projek-projek KOKOPUN dan memiliki saham

3. pulangan dividen yang saksama

4. satu saluran membantu orang-orang yang kurang upaya

5. menerima sumbangan/ cenderahati/ hadiah kecemerlangan anak-anak dan ahli

6. kos pembiayaan pinjaman peribadi yang rendah (tertakluk kepada syarat & terma)


Jangan lepaskan peluang ini demi untuk kebaikan anda, keluarga serta ummah.


1 comment:

  1. As-salam, mohon maklumat terkini (4/6/2011) berapakah bilangan ahli kokopun?

    ReplyDelete